Kolaborasi tersebut ternyata berhasil apabila ramai menzahirkan pujian terhadap nyanyian Hannah yang dikatakan ‘soothing’ iaitu lembut dan menenangkan.
Macam tak percaya Hannah punya suara boleh tenangkan jiwa tapi rasa nak menangis dengar!
“Duet mereka menjadi, berulang-kali dengar versi baru ini.
“Meremang dengar suara Hannah, mesej lagu pun sampai ke jiwa,” puji netizen.
Bukan sahaja merakam lagu, mereka juga turut menghasilkan video muzik istimewa untuk kolaborasi tersebut yang kini sudah ditayangkan dalam YouTube.