‘Scammer? Saya akan heret pemfitnah ke mahkamah’

Menurut Hamidah, dia kesal dengan tuduhan tersebut dan telah membuat laporan polis bagi membersihkan namanya.

Sepanjang 51 tahun saya bergelar pelakon, saya tidak pernah membuat onar. Apatah lagi nak jadi ‘scammer’. Perkataan ‘scammer’ tu pun saya tak tahu. Tiba-tiba saya dituduh sebagai ‘scammer’.

“Orang yang viralkan saya ini, ingatlah Allah itu ada. Allah maha adil. Pihak polis tidak akan berdiam diri. Mereka pasti ambil tindakan.

“Saya tidak akan berdiam diri kerana saya tidak bersalah. Saya akan pastikan orang yang viralkan saya itu sendiri yang bersihkan nama saya,” katanya dalam sebuah video.

Tambah pelakon drama bersiri Tanah Kubur itu lagi, fitnah yang dilemparkan itu telah menjejaskan kredibilitinya sebagai seorang pelakon senior serta menjejaskan bisnesnya.

“Saya tidak teragak-agak untuk saman fitnah dan saman malu terhadap individu yang telah memfitnah saya.

Sudah hampir sejuta orang yang menonton video fitnah tersebut. Sesiapa yang mengutuk saya dalam media sosial, saya juga tak akan teragak-agak untuk mengheret mereka ke muka pengadilan,” tegasnya.

Terdahulu tular dalam media sosial sebuah video yang mendakwa Hamidah bersama adik perempuannya, Juriah Abd Hamid serta anak suadaranya, Muhammad Afique Ab Mahat telah menipu orang dengan mengambil sejumlah wang. – HIBGLAM