Qasrina, Erysha Emyra dah tak follow Instagram?

Perkara itu dicetuskan pemerhati yang selama ini menyedari keakraban antara Qasrina Karim dengan Erysha Emyra seperti isi dan kuku.

Tetapi kononnya mereka kini tak ‘sekamceng’ dahulu. Bukan itu sahaja, difahamkan kedua-duanya sudah saling unfollow Instagram masing-masing.

Alamak, mungkin ini cuma sangkaan ramai sedangkan aktres muda yang jadi kesayangan ramai itu masih akrab dan mengekalkan silaturahim.

Apa pun kita harap semuanya baik-baik sahaja sebab dua-dua peminat sayang. Setakat merajuk tu memang biasa kan, adik-beradik pun kita boleh bergaduh, ini kan pula kawan karib.

DIVA:  Seronok tengok keakraban Qasrina dengan Meerqeen.