Nelydia Senrose kini datin

Berita gembira itu dikongsikan Nelydia atau nama lengkapnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 31, dalam akaun Instagram.

Nelydia mengulang siar hantaran Instagram Story jurusolek, Rozlan Nasir yang menata rias wajahnya sempena hari penganugerahan itu.

Tahniah Datin Nelydia Senrose dan suami. Alhamdulillah syukur. Terima kasih kerana memilih saya,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Sementara itu netizen dilihat memuji penampilan Nelydia yang jelita memakai busana tradisional, Baju Kurung lengkap dengan hijab.

“MasyaAllah cantiknya. Alhamdulillah. Tahniah datin dan datuk. Bila keluarga selalu dalam keberkatan, rezeki sentiasa datang,” komen netizen.

Selain Nelydia, kakak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Yatie Kamarzaman turut bergelar datin selepas suaminya, Mohamad Zaidi Aziz dianugerahkan darjah kebesaran yang sama. – HIBGLAM