Kali terakhir hantaran video dibuat adalah pada 1 Mei lalu yang menunjukkannya mengulas isu nafkah anak, Humairah, 7, dan Umar, 3.
Pelik juga sebab selama ini Shuhada rajin berkongsi rutin harian termasuk mempromosikan produk jualan walaupun sudah menetap di Melbourne, Australia sejak tahun lalu.
Tertanya-tanya juga Diva kenapa Shuhada menyepi terutama selepas Hafidz dibebaskan dan dilepaskan berhubung kes pukul dua tahun lalu pada 13 Mei lalu.
Ketika di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu tempoh hari, wanita berusia 30 tahun itu tidak hadir, namun pendakwa raya maklumkan pengadu iaitu Shuhada tidak berhasrat meneruskan kes.
Apa pun semoga semuanya baik-baik sahaja buat ibu serta dua anaknya itu walau di mana pun mereka berada.
DIVA: Masih tertunggu-tunggu Hafidz Roshdi tunjuk wajah anak ketiganya.