Pada usia 30 tahun, dengan bentuk tubuh langsing memang makan hati wanita lain yang seusianya tapi pada masa sama, memberi motivasi untuk jaga badan.
Kalau tengok media sosialnya, sekarang pelakon berdarah campuran Melayu-Thailand itu sudah berjinak-jinak dengan sukan tenis. Patutlah kekal langsing.
Dalam keghairahan berkongsi hobi baru dalam Instagram, Mawar ditegur peminat yang memintanya jangan terlebih seksi.
Ini gara-gara pemilihan pakaiannya iaitu skirt pendek serta baju ketat sesuai dengan aktiviti sukan dilakukan yang didakwa kurang manis.
Rata-rata mendakwa bekas isteri kepada Raf Yaakob itu makin seksi selepas buka tudung, namun ada pula yang bagi pandangan itu memang persalinan bagi sukan tenis.
Tidak mengapalah, bagi teguran secara baik asalkan jangan memaki- hamun. Mawar pun bukan budak untuk dibentak-bentak.
DIVA: Teruja tengok perubahan pelakon Natasha Hudson yang kembali berhijab.