“Maaf, kalau tak suka itu hak masing-masing’

Menurut Uyaina atau nama penuhnya  Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 32, luahan rasa terkilan itu disuarakannya selepas tular satu hantaran dalam Thread yang mempertikai caranya mengacarakan program Wanita Hari Ini.

“Ini adalah buli siber dan banyak kali saya sudah hadap. Selalunya saya pilih untuk abaikan tetapi tidak untuk kali ini.

Sejak bila masyarakat kita seronok mengutuk dan mengata orang secara berjemaah macam ini? Sikap sebegini diterima ke pada zaman sekarang?

“Saya faham, kita tak boleh nak buat semua orang suka kita. Kalau sepanjang sembilan tahun saya mengacara atau berlakon, ada yang tak suka, itu hak masing-masing, saya minta maaf,” katanya dalam Instagram hari ini.

Meski sedar ramai tidak menyukai caranya, Uyaina berkata dia akan terus menjalankan tugasnya sebagai seorang hos sekali gus memberi input positif kepada masyarakat.

Paling penting, saya jalankan tanggungjawab sebagai pengacara sebaiknya dan menghiburkan, menyampaikan ilmu, info dan manfaat yang berguna kepada masyarakat juga sebaiknya.

“Mana-mana komen yang minta saya perbaiki diri, saya akan cuba.

“Tapi mana-mana komen yang bersifat menyerang berdasarkan pendapat peribadi, itu adalah buli siber dan tidak baik,” jelasnya.

Dia bagaimanapun bersyukur kerana dikelilingi individu yang sentiasa menyokongnya sepanjang bergelar anak seni.

“Nasib baik saya ada ‘support system’  dan mental yang kuat juga, jadi tidak terkesan sangat dengan kata-kata orang.

Tapi, berapa ramai orang yang hadapi seorang diri dan kata-kata yang tajam ini akan buat mereka depresi serta mencabut nyawa sendiri. ‘

“Pernah terfikir tak? Tolonglah, jadi lebih baik daripada sekarang,” ujarnya lagi.

Dalam hantaran sama, Uyaina turut berkongsi tangkap layar perkongsian Thread segelintir individu yang secara terbuka mengakui tidak menyukai lakonan dan caranya menjadi hos program televisyen.

Bila giliran Uyaina yang mengacara, aku tak tengok dan ‘skip’ terus episod itu sebab, malas aku nak cakap.

“Weh ingat aku seorang sahaja, sejak-sejak sekarang bukan main dia. Malas macam ‘annoying’ pun ada,” komen netizen. – HIBGLAM