Diarahkan Maggie Kang dan Chris Appelhans, filem tersebut mengangkat kisah tiga ahli kumpulan idol Huntrix diketuai Rumi yang mempunyai sasaran untuk menghapuskan sekumpulan syaitan.
Kemelut mula tercetus apabila muncul kumpulan idola lelaki baharu, Saja Boys yang diketuai oleh Jinu.
Menariknya, usaha mereka dilakukan menerusi muzik dan setiap lagu yang dihasilkan membawa makna tertentu selari dengan jalan cerita filem tersebut.
Paling mengundang perhatian pastinya pemilik suara watak Jinu iaitu aktor popular Korea, Ahn Hyo Seop dan fasih bertutur dalam bahasa Inggeris.
Kini, berjaya menempa tempat dalam senarai 10 filem paling popular dalam Netflix.
Naskhah tersebut meraih pujian kerana berjaya menggabungkan babak aksi dan kegilaan ramai terhadap artis dan dunia muzik Korea Selatan. – HIBGLAM