Menurut Aliff atau nama lengkapnya Aliff Syukri Kamarzaman, 38, dia menyifatkan perbuatan tersebut tidak wajar selain menyarankan selebriti terbabit bersemuka dengannya sekiranya timbul sebarang perasaan tak puas hati.
“Jujur ini bukan gimik. Saya nak buat Malaysian Book Of Record, badan pula tak sihat dan anak-anak pun sama.
Tak tahu nak cakap macam mana, tapi saya cuba stabilkan diri. Tengok Diva AA pijak beg, janganlah macam itu.
“Kita bukan nak cari duit haram. Kalau tak suka dekat saya, bersemuka, ini cakap saya menipu, scammer tak seronoklah,” katanya kepada HibGlam pada kempen Malaysian Book Of Record jualan beg terpantas bagi jualan siaran langsung.
Meskipun bengang dengan perbuatan selebriti berkenaan, Aliff enggan mengambil tindakan tegas dengan membawa ke muka pengadilan.
“Aku boleh maki tapi kalau buat sama-sama naik saja. Aku tak maafkan, sampai mati aku cari kau.
“Aku tak nak saman sebab kau tiada duit. Kau acah-acah saja, tak suka jangan pijak, saya dah la sakit.
“Ini kata keturunan saya tak elok pula. Macamlah keturunan kau elok ke,” tegasnya.
Bercakap mengenai keadaan kesihatan, bapa kepada enam orang itu mendedahkan terpaksa mengambil beberapa suntikan selepas keseluruhan badannya mengalami simptom yang luar biasa.
“Ada orang kata saya kena jilat jin, tapi tak tahu waktu buat siaran langsung badan saya menggeletar.
Bila berniaga macam-macam orang kata, ada orang buat. Badan saya keseluruhan ada tompok-tompok.
“Tak boleh bangun tidur, isteri saya bawa pergi klinik semalam dan kena cucuk dua kali,” katanya lagi.
Dalam masa sama, dia berharap penyakit tersebut tiada kaitan dengan ilmu hitam.
Saya tak pernah kena begitu seumur hidup. Ini pertama kali saya kena memang gatal luar biasa.
“Kalau boleh tak nak orang kacau, dalam perniagaan hidup memang keras.
“Saya tak boleh cakap, tidak dapat jalan dengan stabil. Ini nampak normal sebab solekan, saya cuba kuatkan diri cuma takut berlarutan,” ujarnya.
Mengulas mengenai kempen, Aliff memaklumkan usaha tersebut bagi mencipta nama dalam Malaysia Book Of Records menerusi kategori jualan produk terpantas dalam media sosial.
Malah, Aliff memasang hasrat untuk berkongsi rezeki dengan anak-anak yatim sekiranya impian itu berjaya direalisasikan pada 3 Ogos ini.
“Hari ini saya berkempen untuk buat jualan terpantas dalam media sosial secara ‘underground’. Saya bagi jeruk mangga dan tudung percuma kepada pengunjung yang datang.
“Sekiranya impian saya itu tercapai pada Ahad ini, saya berjanji akan menyumbang sebahagian hasil jualan kepada anak-anak yatim sebagai tanda syukur,” jelasnya. – HIBGLAM