Pelakon berusia 18 tahun itu berkata, sebagai penggiat industri dia sebenarnya selalu berusaha melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin tanpa memikirkan perkara sampingan yang tidak disenanginya.
“Saya berbangga digelar anak seni, tetapi saya tidak bangga dengan industri ini. Situasi membuatkan saya benci apa yang saya sayangi.
Sekarang saya ambil pendekatan abaikan hal negatif seterusnya cuma lakukan tanggungjawab mahupun aktiviti yang saya suka.
“Jika sayangkan kerjaya kita, kena terus positif dan sentiasa pandang ke depan. Itu lebih baik,” katanya kepada HibGlam sewaktu hadir ke majlis Wawa Global Kosmetik New Chapter, baru-baru ini.

TIDAK tahu sejauh mana lakonan akan menjadi masa depannya, Puteri Balqis menyandarkan penulisan puisi sebagai sayap kedua untuk namanya terus diingati.
Enggan memperincikan lebih lanjut maksud di sebalik kata-katanya, Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 19 itu juga memaklumkan sudah bersedia menempuh sebarang kemungkinan.
Sedar lakonan merupakan kecenderungan utama yang hampir keseluruhan hidup didedikasikan terhadap bidang berkenaan, pelakon yang mesra disapa Aqish itu akan terus berkarya selagi.
Puisi jadi sandaran
Dia belum pernah terfikir untuk meletakkan sasaran usia dalam menoktahkan kerjaya yang dicintai, tetapi sudah menjadikan penulisan puisi sebagai sandaran.
“Suatu ketika nanti akan ada orang lupakan saya dan kerana itu juga saya perlahan-lahan menulis puisi supaya nama saya diingati pula melalui penulisan.
Sekarang semuanya masih dalam proses lagi untuk menerbitkan buku puisi yang baru kerana belum ada tarikh tepat.
“Jika tiada sebarang kekangan, naskhah puisi yang memuatkan lagi suara hati saya bakal dilancarkan tahun ini,” ujarnya.
Meladeni dunia lakonan sejak berusia dua tahun, siapa tidak kenal dengan anak jati Kuala Lumpur yang pernah melakar sejarah apabila menjadi pemenang termuda bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin (ASK) menerusi drama Akulah Balqis pada 2014.
Kejayaan berganda tersebut diraih pada usianya baru menginjak tujuh tahun dengan satu lagi trofi pada waktu sama iaitu Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asian ke-19. – HIBGLAM