‘Doakan yang baik-baik, ada berita gembira tak lama lagi’ 

Demikian respons ringkas pelakon Siti Saleha, 35, mengenai dakwaan dia kini sedang berbadan dua.

Memilih untuk enggan mengulas lanjut, pemilik nama penuh Siti Saleha Mohd Baharum hanya meminta orang ramai menitipkan doa terbaik buat dirinya.

“Doakan yang baik-baik, Insya-Allah mungkin ada berita gembira tak lama lagi.

“Namun buat masa sekarang, saya belum bersedia lagi nak kongsi,” katanya kepada HibGlam ketika ditemui di set penggambaran drama bersiri Bad Cop, hari ini.

Meski mengunci mulut, khabar angin tersebut semakin terjawab apabila dia bakal mengambil cuti panjang sebaik sahaja selesai menjalani penggambaran siri Bad Cop.

Selepas ini saya akan bercuti panjang dan ini akan projek terakhir saya sebelum rehat.

“Panjang juga mungkin beberapa bulan atau tahun,” katanya lagi.

Beberapa hari lalu, tular video memaparkan dia hadir ke sebuah festival filem dan peminat mula mendakwa dia kini hamil selepas dikatakan kelihatan ‘baby bump’.

Terdahulu, Saleha sah bergelar isteri kepada pereka fesyen iaitu Joshua Fitton pada Februari lalu selepas tiga tahun bercerai.

Sebelum itu, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar 28 Julai 2017 namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama empat tahun. – HIBGLAM