Menerusi hantaran dalam Instagram, Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 56, berkongsi video memaparkan momen rambut Aqasha digunting bagi persiapan penggambaran akan datang sambil menyatakan bahawa ramai memiliki bakat dalam lakonan tetapi tidak semua sanggup melakukan pengorbanan sebegitu.
Ramai tolak watak ini sebab tak sanggup potong rambut pendek nombor tiga, tapi Aqasha terima. Ramai boleh berlakon, tapi tak semua sanggup jadi pelakon sebenar. Syabas, adik saya Aqasha,” tulisnya di ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Menjengah ruangan komen, ramai netizen dan rakan artis memberikan kata-kata semangat serta meluahkan rasa rindu terhadap lakonan Aqasha, malah mengaitkan penampilan terkininya dengan watak dalam filem Embun arahan Erma pada 2002 yang turut menampilkan imej botak.
“Botak macam cerita embun dulu, semoga menjadi,” kata seorang pengguna.
“Macam muka M. Nasir dari jauh,” ujar pelakon Zarina Zainuddin.
Muka dari filem Embun sampai sekarang sama saja, menolak tua ya,” komen seorang lagi.
Untuk rekod, Aqasha atau nama lengkapnya Firdee Akassya Rosli, 43, memulakan kerjaya sebagai penyanyi sebelum debut lakonannya menerusi filem Embun.
Sejak itu, beliau telah membintangi lebih 20 karya filem dan drama termasuk Man Laksa, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, Ajaibnya Cinta, Nafsu dan Tersalah Cinta. – HIBGLAM