Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, 35, berkata, Ubai, 27, telah menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik tanpa pernah merendahkan martabat seorang isteri.
Terima kasih menjadi suami yang hebat, selalu betulkan saya seandainya lakukan kesalahan.
“Terima kasih kerana tidak perlu takutkan saya kerana saling menghormati,” katanya dalam InstaStory semalam.
Lebih menyentuh perasaan, dia bersyukur dikurniakan suami yang tidak gagal melakukan tugas sebagai seorang bapa tiri kepada anak lelakinya, Seth Uwais dengan baik hasil perkahwinan pertamanya.
Ujarnya, layanan baik yang diberikan Ubai terhadap Seth membuang segala stigma negatif masyarakat mengenai bapa tiri.
“Terima kasih kerana selalu memanusiakan insan lain.
Terima kasih sebab layan Seth seperti anak awak sendiri tanpa perlu kejam kepada anak tiri. Sesungguhnya bukan semua yang bernama tiri itu jahat.
“Yang baik itu ramai, yang kejam itu terlalu kejam,” jelasnya.
Terdahulu, Shila sah bergelar isteri kepada Ubai atau nama penuhnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zukfelfi dengan sekali lafaz pada 5 Ogos 2023.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei tahun lalu.
Sebelum itu, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas suami pertamanya, Haris Idraki Elias pada 8 Februari 2022, selepas empat tahun berkahwin.
Hasil perkongsian hidup, Shila dan Haris dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais. – HIBGLAM