Ada sahaja cerita tidak seronok yang netizen akan cetuskan tentangnya. Mungkin pendekatan berdiam diri juga bukan jalan terbaik untuknya.
Iyalah, sampai sekarang masih ada yang tertanya-tanya mengenai hubungan Marissa dan madunya, Umisya. Sudah berbaik atau belum?
Terbaharu, Marissa memuat naik sebuah video memaparkan dia sibuk menguruskan bisnes kecil-kecilannya tetapi terselit kata-kata ‘mutiara’.
Berikanlah aku seribu kesibukan ya Allah agar aku tidak sempat memikirkan hal-hal yang tak seharusnya ku fikirkan,” katanya.
Mungkin nampak tiada apa pun tetapi macam biasalah netizen dan Diva sekali, suka fikir jauh.
Tetapi ramai juga mendoakan terbaik untuk dirinya agar berhenti melayan segala perkara negatif.
Teruskan dengan kehidupan sendiri, cari duit banyak-banyak dan beli gelang emas lagi.
“Sayang Marissa, terus terbang tinggi dan abaikan haters,” pujuk netizen.
DIVA: Aslam dan Abby Abadi sudah berbaik ke belum?