Aliff, 38, memaklumkan video tular bersama jet mewah tersebut adalah sebahagian daripada gimik dan sesi penggambaran selepas dia dan isteri, Datin Seri Nur Shahida dilantik menjadi duta sebuah jenama barangan kemas.
“Alhamdulillah, inilah maksud tersirat video jet papa (nama panggilan Aliff) dan mama (Shahida) nak kongsi kepada kalian.
Papa dan mama bersyukur sangat dilantik menjadi duta rasmi kedai emas.
“Kami belum mampu beli jet lagi buat masa ini. Insya-Allah satu hari nanti,” katanya dalam hantaran TikTok.
Pada masa sama, pelantun lagu Bobo Di Mana itu menasihati orang ramai agar bijak merancang kewangan dan melabur dalam bentuk simpanan emas.
Papa nak pesan, kalau ada duit lebih, melaburlah dengan beli emas.
“Terima kasih kepada yang mendoakan kejayaan kami.
“Papa dan mama pun mendoakan kejayaan kalian, amin,” ujarnya.
Sebelum ini, Aliff didakwa berjaya memiliki sebuah jet peribadi hasil titik peluh menjual jeruk mangga bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan.
Perkara tersebut tercetus apabila Aliff berkongsi video keterujaan bersama isteri dan anaknya menaiki jet peribadi berwarna hitam tersebut. – HIBGLAM