Demikian kenyataan pelakon Daniel Fong menangkis tuduhan segelintir netizen yang mengaitkannya dengan dakwaan teman gandingan sebuah drama Harissa Adylnn mengenai bau badan seseorang di set penggambaran.
Dikongsikan secara berjenaka, hantaran pendek dalam TikTok itu menunjukkan Daniel dan Harissa. menjalani sesi fotografi dipercayai untuk bahan promosi drama terbaru mereka itu.
Nama pelakon berdarah campuran Cina-Mongolia itu ‘naik’ selepas carian segelintir netizen mendapati dia merupakan antara pelakon yang baru beraksi dengan Harissa.
Rata-rata pengikut akaun TikToknya tampak terhibur dengan perkongsian dibuat namun yakin bukan Daniel individu yang dimaksudkan berbau kurang menyenangkan itu.
Malah ramai memuji penyanyi dan model berusia 29 tahun itu yang disifatkan sentiasa menjaga penampilan serta kacak.
“Tak mungkin Daniel, orangnya nampak sangat menjaga setiap aspek. Mana mungkin dia,” tulis netizen.
Sekali tengok dah tahu bukan Daniel. Masuk gym (gimnasium) pun macam tak berpeluh langsung,” seloroh pengikut lain.
Terdahulu, isu tersebut tercetus selepas Harissa dalam satu temu bual mendedahkan pernah berdepan dengan rakan gandingan yang mempunyai bau badan.
Keadaan tersebut membuatkannya berasa tidak selesa sepanjang berada di set penggambaran sehingga ramai memetik beberapa nama termasuk Daniel.
Begitupun, Harissa atau nama lengkapnya Harissa Adlynn Abdul Halim, 22, tidak mendedahkan identiti individu dimaksudkan. – HIBGLAM