Sejak 1908, Converse telah mencipta semula definisi gaya yang kreatif dan ada kalanya mencabar norma. Kali ini menerusi 1908, sebuah program yang menghidupkan semula siluet ikonik dari arkib, Conver melancarkan Naut-1 dan Coach Jogger.
Kedua-dua rekaan itu mendapat sentuhan, Tyler, The Creator yang terkenal dengan rekaan berani dan berbeza. Kerjasama dengannya adalah satu penghormatan kepada legasi Converse, sambil mencipta masa depan yang lebih berani dan eksperimental.

Daripada dunia maritim ke trek larian, pengaruh Converse merentasi pelbagai arena.
Berakar dari kasut pelayar Converse pada tahun 1913, Naut-1 bukanlah asing tetapi kini kembali dengan sentuhan baru untuk versi 2025.
Rekaan semula oleh Tyler mengekalkan ciri asli Naut-1 iaitu upper kanvas, lubang tali anti-karat, dan tapak span berlubang untuk pengeringan pantas sesuai untuk aktiviti pelayaran. Tapak luar bercorak herringbone berwarna amber memberi cengkaman mantap di permukaan basah, sama ada di atas dek kapal atau di bandar.
Pilihan warna seperti Starlight Blue, Dachshund, Pastel Yellow, dan Cannoli Cream menjadikan Naut-1 tampak segar.
Daripada dunia maritim ke trek larian, pengaruh Converse merentasi pelbagai arena. Diperkenalkan pada tahun 1976 ketika senaman jogging menjadi satu fenomena, Coach Jogger kini kembali dalam versi lebih moden.
Sole berbentuk baji memberi keselesaan maksimum, manakala rekaan tumit berbalut mengekalkan elemen prestasi asal. Versi baharu ini hadir dalam tona semula jadi dan elegan iaitu, Forest Shade, Bistre dan Quiet Tide, dengan dua warna eksklusif hanya boleh didapati di pop-up 1908 di Los Angeles.
Apa yang membezakan koleksi 1908 daripada sekadar ‘revival’ ialah falsafahnya. Ini bukan sekadar kasut klasik lama sebaliknya artifak yang diolah semula, disuntik dengan semangat kontemporari dan keberanian kreatif.
Converse 1908 Naut-1 dan Coach Jogger telah dilancarkan secara terhad di seluruh dunia bermula 20 Jun melalui Converse dan GOLF le FLEUR.