Jiyeon kembali hidup solo

SELEPAS dua tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Jiyeon dan Hwang Jae-gyun yang merupakan pemain besbol profesional memutuskan untuk berpisah.

Menurut laporan, mereka menyelesaikan perceraian itu melalui mediasi di Mahkamah Keluarga Seoul.

Bagaimanapun, ahli kumpulan T-Ara itu dan Jae-gyun difahamkan tidak menghadiri sesi tersebut sebaliknya wakil peguam mereka muncul sebagai pengganti untuk mencapai perjanjian.

Difahamkan, punca perceraian mereka disebabkan tiada persefahaman dalam perhubungan.