Fesyen Eun-woo dikeji peminat

PEMINAT meluahkan rasa kurang senang dengan penampilan penyanyi Cha Eun-woo yang digayakan semasa Dior Summer 2024 Fashion Show baru-baru ini.

Sebagai duta kepada jenama mewah itu, Eun-woo sepatutnya kelihatan lebih kacak daripada biasa.

Walaubagaimanapun, penyanyi berusia 26 tahun itu hanya menggayakan baju sejuk berleher V berona kelabu, bercelana pendek longgar dan kasut but berkilat yang dilihat tidak menyerlah sebagai duta jenama tersebut.

Disebabkan itu, dia terus dikecam peminat yang menyifatkan dirinya tidak kacak berbanding selalunya.